Kursus Keusahawanan

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Bukit Tandak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 14 dan 15 September 2018, jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang lalu PI Bukit Tandak telah menganjurkan Kursus Keusahawanan kepada pelajar sekolah pondok Gual Tinggi. Selain taklimat, peserta juga dikehendaki membuat perbincangan supaya memberi idea-idea untuk penigkatan kemajuan sesuatu perniagaan, kemudian membentangkan hasil perbincangan tersebut.

Matlamat utama penganjuran kursus ini oleh pihak PI adalah untuk membantu komuniti setempat yang berminat menjadi usahawan ataupun golongan yang sudah bergelar usahawan namun ingin menambah ilmu keusahawanan mereka untuk meningkatkan lagi perniagaan. Selain itu kursus ini juga ingin membantu golongan lepasan sekolah yang ingin menjadikan perniagaan sebagai salah satu bidang yang ingin diceburi. Pihak PI menjadikan remaja-remaja yang tidak mempunyai pekerjaan sebagai kumpulan sasaran untuk menyertai program ini. Mungkin dengan sedikit pendedahan yang diberikan mampu memberi idea kepada mereka untuk berniaga sendiri dan menjadikan perniagaan sebagai salah satu karier. Sebagai permulaan untuk program ini seramai 14 peserta telah menyertai bengkel ini. Harapan kami agar program ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk memulakan dan memajukan perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas